'Langkah Permulaan Hidup InI';

Hidup ini kita bermula,
Dari merangkak, berjalan,& berlari,
Ada kala perlu juga berundur dan berhenti, 
Jatuh dan bangun berkali-kali,
Tercalar, berdarah dan berparut,
Namun akal menjadi tunjang dalam diri,
Berfikir untuk menentukan pilihan,
Kerana tiada ketetapan dalam akal,
Kerana itu ia sering hilang dan terlupa,
Akan jati diri dari asalnya kita berasal.

Dilahirkan dengan akal,
Dengan kasih sayang dari Ilahi,
Serta kasih dari Ibunda dan Ayahanda,
Diazankan di telinga,
Tanda ditanam keimanan dijiwa,
Moga jadi anak yang berguna,
Di dunia dan Akhirat sana.


kerna kita bukan sesiapa di sini.....
Hanya.....Hamba Allah yang abadi....

AimeyShukri
15Jan2014

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / BerbicaraDenganKeyboard

Template by : Aimey Shukri